Kelas STEM –Pengenalan kepada STEM & Pengenalan Kepada Internet of Thing (IoT)

24 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 24 April 2024, Rabu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas STEM yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang bertempat di bilik latihan NADI Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 5 orang peserta.

Kelas STEM pada kali ini telah dibahagikan kepada 2 sesi dimana kedua-dua sesi merupakan kelas pengenalan untuk pelajar yang baru berkecimpung dengan dunia STEM dan Internet of Thing (IoT). Untuk sesi yang pertama para peserta telah diperkenalkan dengan definisi STEM iaitu Science, Technology, Engineering dan Mathemathic. Dimana, melalui Sains, pelajar boleh belajar dan memahami tentang dunia melalui pemerhatian dan eksperimen. Teknologi pula adalah bagaimana kita mengaplikasikan kemahiran saintifik ke dalam dunia sebenar. Engineering adalah proses dalam menghasilkan teknologi dan maksud yang terakhir iaitu Mathematics pula merujuk kepada proses pengiraan dan analisis dalam engineering.

Untuk sesi yang kedua pula, para peserta telah diperkenalkan dengan Internet of Thing (IoT). Para peserta terlebih dahulu didedahkan dengan sejarah terciptanya IoT. IoT merujuk kepada berbilion peranti di seluruh dunia yang berhubung dengan internet dimana semuanya mengumpul dan berkongsi data. Secara ringkasnya, semua objek fizikal boleh ditukar menjadi alat IoT jika boleh dihubungkan kepada internet untuk dikawal atau berhubung dengan maklumat. Salah satu contoh alat IoT adalah mentol yang boleh dihidupkan menggunakan aplikasi telefon pintar.

Semoga kelas STEM ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta khususnya dalam meningkatkan tahap kreativiti mereka untuk berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif seterusnya dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali